2015年4月8日星期三

VIDEO


Cara membuat kolaj

Teknik gosokan


GALERI

Hasil-hasil karya:


Teknik Resis




Teknik Kolaj

Teknik tiupan dan catan


Teknik celupan dan ikatan


UNSUR SENI

Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.

Unsur-unsur seni.
  • Garisan
  • Rupa
  • Bentuk
  • Jalinan
  • Ruang
  • Warna



Garisan
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.


RUPA
Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.

Rupa terbahagi kepada empat iaitu :

  • Rupa geometri
  • Rupa organik
  • Rupa negatif
  • Rupa positif

Rupa geometri

Rupa geometri

Bentuk
Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :

  • Bentuk konkrit
  • Bentuk ilusi


Bentuk konkrit
Bentuk ilusi

Warna
Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Warna terbahagi kepada :

  • Warna asas - merah, biru dan kuning
  • Warna sekunder - campuan dua warna sahaja daripada warna-warna asas
  • Warna tertiar
  • Warna monokrom - sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk mengawal kegelapan warna yang diingini.
  • Warna penggenap



Jalinan.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :

  • Jalinan sentuh
  • Jalinan tampak

Jalinan sentuh
Jalinan tampak

Ruang.
Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu :

  • Ruang terbuka
  • Ruang tertutup


Ruang terbuka

Ruang tertutup










PRINSIP REKAAN

PRINSIP REKAAN 

Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual. Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :

3K 2I PH ( singkatan nota untuk mudah diingati )
3K - " Kontra, Kepelbagaian, Kesatuan "
2I - " Imbangan , Irama & pergerakan "
P - Penegasan
H - Harmoni

1. Harmoni.
2. Kontra.
3. Penegasan.
4. Imbangan.
5. Irama dan Pergerakan.
6. Kepelbagaian.
7. Kesatuan.

Harmoni

Harmoni ialah tindak balas tampak di dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu. Harmoni tidak wujud jika ada ciri-ciri yang bercanggah. Harmoni mewujudkan keselesaan, kesesuaian, keseragaman, ketenangan dan kesatuan.
Harmoni bentuk

Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.
Kontra dari segi warna

Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan.

Penegasan pada (pulau)  


Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
1. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut).
Imbangan Simetri

2. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.
Imbangan Tidak Simetri

Irama dan Pergerakan


Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya. Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.

Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.


Kesatuan


 Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.












PANDUAN WARNA

Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. 

Justeru itu, warna dan cahaya merupakan perkara yang berkait rapat. Kesimpulannya dengan cahaya kita dapat mengesan warna. 
Roda warna
Tiga Warna Pertama (Warna Asas) dapat menghasilkan warna-warna lain yang dinamakan Warna Kedua (Sekunder) dan Warna Ketiga ( Tertiar). Tiga Warna Asas iaitu Kuning, (Cadmium Yellow 1)Merah (Magenta 5) dan Biru (Cyan Blue 9). Kombinasi dua Warna Asas, menghasilkan Warna Sekunder seperti UnguHijau dan Jingga. Warna tertiar wujud hasil campuran Warna Asas dengan Warna Kedua. Contohnya campuran 50% Merah dengan Ungu menghasilkan Merah Keunguan.


Warna Asas
Warna AsasMerahBiruKuning
Warna Sekunder


Kuning + Biru Hijau
Biru + Merah = Ungu
Merah + Kunig = Jingga
Warna Tertier
Warna Tertier = Warna Asas + Warna Sekunder

biru ungu = biru +ungu
biru hijau = biru + hijau
kuning jingga = kuning + jingga
kuning hijau = kuning + hijau
merah jingga merah + jingga
merah ungu = merah +ungu

TEKNIK MEWARNA

Langkah 1
Penghasilan langkaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan.



Langkah 2
Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi meninbulkan bentuk siput yang dilukis.

Langkah 3
Warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar. Lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam air yang akan gunakan.



Langkah 4
Teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan. Kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan.




LUKISAN


Lukisan merupakan kegiatan peringkat awal menghasilkan kesan garisan bagi menimbulkan sesuatu imej menggunakan media kering atau basah (bukan sapuan). Media yang sering digunakan adalah seperti pensel,pen,kapur, arang, karyon, pastel,marker pen, dan pensel warna. Penggunaaan warna dalam lukisan, beberapa teknik boleh digunakan seperti teknik gurisan,lorekan, lakaran, titikan, gosokan contengan dan lain-lain. Teknik yang hendak digunakan, harus sesuai dengan media pilihan. Berikut adalah contoh hasil yang menggunakan gabungan berus, pen dan dakwat.





Contoh hasil lukisan yang menggunakan pensel dan pen yang melibatkan unsur garisan:



PERALATAN
Alatan asas yang digunakan ialah:

  1. Pen
  2. Pensil
  3. Dakwat
  4. Arang/ Charcoal
  5. Pastel
  6. Krayon





  • Pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk atau rupa
  • Pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan/ lorekan bagi memperlihatkan struktur objek yang dilukis.
  • Pen pelbagai saiz digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan
  • Apabila membuat garisan/ lorekan. pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
  • Garisan/lorekan hendaklah dibuat dengan konsisten
  • Jika perlu, keertas lukisan dipusing-pusing untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.



KAEDAH MELUKIS
i)
Langkah 1
Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahgikan subjek kepada bentuk-bentuk yang mudah.

Langkah 2
Mulakan dengan membuat bentuk-bentuk geometrik yang mudah. Gunakan pensil dahulu

Langkah 3
Gunakan bandingan garisan menegakdan melintang untuk membetulkan subjek pada kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.

Langkah 4
Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan bahagian ton cerah dan ton gelap.

Langkah 5
Denagn menggunakan pen, lukis kembali ke atas lakaran pensil yang dibuat. dengan pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan nilai ton cerah dan gelap dalam subjek. 

ii)
Langkah 1

  • Buat garisan dasar titik lenyap dan garisan menegak sebagai garis panduan.
  • Kemudian bentuk lakaran kasar bertitik geometri
  • Garisan kontur boleh memperlihatkan bentuk

Langkah 2
  • Lakarkan ton nipis dsn lakarkan sedikit bayangan cahaya
  • Perelokkan bentuk hingga menjadi bentuk ber-ton
  • Padamkan mana-mana garisan yang tidak diperlukan lagi

Langkah 3
  • Peringkat akhir ialah peringkat melengkapkan subjek yang dilukis
  • Peringkat ini memerlukan penghasilan jalinan dan ton yang baik.