Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna.
Justeru itu, warna dan cahaya merupakan perkara yang berkait rapat. Kesimpulannya dengan cahaya kita dapat mengesan warna.
Roda warna |
Tiga Warna Pertama (Warna Asas) dapat menghasilkan warna-warna lain yang dinamakan Warna Kedua (Sekunder) dan Warna Ketiga ( Tertiar). Tiga Warna Asas iaitu Kuning, (Cadmium Yellow 1), Merah (Magenta 5) dan Biru (Cyan Blue 9). Kombinasi dua Warna Asas, menghasilkan Warna Sekunder seperti Ungu, Hijau dan Jingga. Warna tertiar wujud hasil campuran Warna Asas dengan Warna Kedua. Contohnya campuran 50% Merah dengan Ungu menghasilkan Merah Keunguan.
Warna Asas
Warna Asas: Merah, Biru, Kuning |
Kuning + Biru = Hijau Biru + Merah = Ungu Merah + Kunig = Jingga |
Warna Tertier
Warna Tertier = Warna Asas + Warna Sekunder |
biru ungu = biru +ungu biru hijau = biru + hijau kuning jingga = kuning + jingga kuning hijau = kuning + hijau merah jingga = merah + jingga merah ungu = merah +ungu |
TEKNIK MEWARNA
Langkah 1
Penghasilan langkaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan.
Langkah 2
Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi meninbulkan bentuk siput yang dilukis.
Langkah 3
Warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar. Lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam air yang akan gunakan.
Langkah 4
Teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan. Kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan.

没有评论:
发表评论