PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan amat penting dalam
penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat
memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni
dalam bidang seni visual. Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan
dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :
3K 2I PH ( singkatan nota untuk mudah
diingati )
3K - " Kontra, Kepelbagaian, Kesatuan
"
2I - " Imbangan , Irama &
pergerakan "
P - Penegasan
H - Harmoni
1. Harmoni.
2. Kontra.
3. Penegasan.
4. Imbangan.
5. Irama dan Pergerakan.
6. Kepelbagaian.
7. Kesatuan.
Harmoni
Harmoni ialah tindak balas tampak di dalam
alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni seperti garisan, warna,
rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut
cara yang tertentu. Harmoni tidak wujud jika ada ciri-ciri yang bercanggah.
Harmoni mewujudkan keselesaan, kesesuaian, keseragaman, ketenangan dan
kesatuan.
Harmoni bentuk
Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang
bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk
menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan.
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang
berlainan.
Kontra dari segi warna
Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu
unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan
ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan.
Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan.
Penegasan
pada (pulau)
Imbangan
Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan
dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
1. Imbangan simetri – unsur seni yang sama
antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’dilukis di
tengah-tengah pembahagian tersebut).
Imbangan Simetri
2. Imbangan tidak simetri – unsur seni
tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan
kesan keseimbangan.
Imbangan Tidak Simetri
Irama dan Pergerakan
Pergerakan ialah keadaan yang bergetar,
bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya. Fungsi irama dan
pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu
gubahan. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan
sebagainya.
Kepelbagaian
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan
pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian
dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan.
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.
Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea
bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang
tenteram, teratur dan selesa.